DSC_5316

Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah merupakan salah satu destinasi perlancongan yang menarik di Terengganu.Ia terletak diantara pulau Redang dan pulau Perhentian dan hanya terdapat beberapa operator chalet dan resort beroperasi di pulau ini oleh kerana faktor geografinya yang berbatu dan kurang mempunyai kawasan pantai.

Untuk ke pulau ini anda boleh menempah secara lansung dari operator resort yang ada seperti Lang Sari, D’Coconut, Redang Lang dan Sari Pacifica secara online melalui internet kerana kebanyakan operator resort di sini menggunakan kaedah menjual pakej penginapan bersama makan,minum dan juga snorkeling.Jika kita pergi secara ‘walk in’ di khuatiri kebanyakan bilik sudah penuh terutamanya pada hari minggu kerana pulau ini juga menjadi salah satu destinasi untuk para penyelam skuba datang membuat selaman dan juga ada yang datang membuat lisen menyelam secara berkumpulan.

Kebiasaannya jeti bot di Merang, Setiu menjadi transit untuk kita ke pulau ini yang mana mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit menggunakan bot laju.Kepenatan anda akan terbayar apabila menjejakkan kaki ke pulau ini yang menyajikan panorama indah dengan pantai dan air yang membiru,kehijauan hutan semulajadi, melihat matahari terbit dan terbenam serta melihat burung-burung helang yang berkeliaran menangkap ikan di permukaan air laut.Di katakan nama “Lang Tengah” di ambil daripada burung Helang yang terdapat disini serta lokasi pulau ini yang terletak di tengah-tengah antara pulau Redang dan Perhentian.

Oleh kerana tidak banyak operator resort yang beroperasi di sini berbanding dengan pulau Redang dan Perhentian maka dengan sendirinya tidak ramai jumlah pelancong yang ada di pulau ini pada satu-satu masa. Ini memberi peluang kepada mereka yang inginkan suasana sunyi dan tenang untuk merehatkan minda dan menikmati keindahan alam semulajadi di pulau ini.

untuk tempahan sila layari laman web berikut :

www.redanglangresort.com.my
www.dcoconutlagoon.com
www.saripacifica.com
www.langsari.com

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *