x_DOM4269

Pulau Perhentian

Dengan lebih 3o operator chalet dan resort yang peroperasi di Pulau Perhentian menjadikan ianya salah satu pulau yang paling di gemari oleh kebanyakan pelancong dari dalam dan luar Malaysia. Terdapat pelbagai pilihan penginapan daripada serendah RM50.00 sehari sehingga mencecah ratusan ringgit berdasarkan pakej yang di sediakan oleh setiap operator.

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Setiap pulau mempunyai keistimewaan masing-masing yang tentunya mengamit memori anda semasa berada disini. Kawasan Pasir Panjang di Perhentian Kecil adalah merupakan kawasan tumpuan para ‘backpackers’ dari segenap pelusuk dunia. Semasa waktu puncak kedatangan mereka kesini anda boleh merasakan bahawa anda bukan berada di Malaysia, begitu hebat tarikan Pulau Perhentian kepada mereka. Kebiasaannya sebelum atau selepas berkunjung ke  pulau-pulau sekitar Thailand seperti di Koh Samui, Phi-Phi dan sebagainya mereka akan datang ke Pulau Perhentian melalui Kota Bharu. Dengan kemudahan sewaaan bilik dengan kadar harian yang murah di kebanyakan chalet menjadikan kawasan ‘long beach’ ini pilihan utama mereka, ada yang tinggal berminggu-minggu malah berbulan-bulan bagi menghabiskan cuti mereka. Ada juga yang saya temui datang kesini setiap tahun sehingga fasih berbahasa melayu dalam loghat besut. Secara peribadinya saya suka pantai di ‘long beach’ ini kerana ianya mendatar dan pasirnya halus dan putih, saya yakin ianya juga merupakan salah satu tarikan selain daripada faktor sewaan bilik yang murah.

Antara tarikan lain Pulau Perhentian adalah sebagai destinasi selaman skuba yang hebat, ada yang datang mengambil lisen selaman disini dan ada juga yang menaiktaraf lisen selaman mereka. Seperti juga pulau-pulau lain anda boleh  juga melakukan aktiviti snorkeling di pulau ini. Terdapat juga kawasan yang di gazetkan sebagai taman laut. Berkayak , menaiki ‘banana boat’, melihat pertunjukan permainan api dan sebagainya antara tarikan lain yang ada di pulau ini.

Untuk bergerak atau pergi dari satu lokasi ke satu lokasi berlainan dari Perhentian Kecil dan Besar anda memerlukan perkhidmatan teksi. Disini bot laju di panggil sebagai teksi dan terdapat stesen-stesen teksi di sediakan oleh individu yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan teksi air ini untuk membuat  ‘island hoping’ dan jika berpeluang membuat aktiviti ini anda akan bertemu dengan salah satu lokasi yang mempunyai kincir angin seperti di eropah. Ia merupakan stesen janakuasa hibrid pertama di Asia yang menjana bekalan elektrik bagi kegunaan penduduk di Pulau Perhentian. Saya sendiri pernah mengalami penah lelah meniti satu demi satu anak tangga untuk sampai ke puncak station janakuasa ini tetapi kepenatan tersebut hilang selepas puas melihat panorama Pulau Perhentian dari arah puncak bukit tersebut.

Anda boleh menempah pakej percutian anda ke pulau ini secara online di laman-laman sesawang operator chalet atau menerusi agensi pelancongan yang terdapat di jeti Kuala Besut.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.pulauperhentian.com.my

Related Posts with Thumbnails

6 Comments

  1. Silvia Gómez - 7 years ago

    So incredible … the intensity and sweetness of the blue sea!

  2. ija - 5 years ago

    amazing….brapa erk harga bilik slama 4 hari 3 malm

  3. Perhentian Raisya - 4 years ago

    Very nice place for holiday or outdoor activities. Visit perhentianraisya.com if you have any inqueris or need some advice.

  4. lina - 4 years ago

    kat snie xde keja ksong ke??? ejas ckit…

  5. siti nur khadijah - 4 years ago

    nak tanya mcm mn nak buat tempahan atau nak tanya tentang dekat kawasan sana siapa yg saya boleh berhubung?? nak tanya cara pengurusan, harga temppat tinggal??

  6. mohd faudzi b othmsn - 3 years ago

    could somebody recoment which hotel should me and my family of7 person should stay in Perhentian Kecil or Besar ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *