DSC_6496

Pulau Redang

Pulau redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet atau resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.

Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef, Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacifica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda inginkan suasana yang lebih ‘privacy’ atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak di Teluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.

Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan bus kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang. Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan cas secara berasingan daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti Merang dan Jeti Marang. Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi tujuan menjemput anda.

Oleh kerana percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan ‘sun block’ bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan ilahi ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.

Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai ‘discovery scuba’, anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh ‘dive master’. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.

Related Posts with Thumbnails

17 Comments

  1. Izaruddin sazali - 6 years ago

    1.boleh bagi cadangan untuk pakej 10 orang
    2.konsep reunion
    3.aktiviti santai dan BBQ

    Terima kasih

  2. fauzey - 5 years ago

    hi..sy ada 1 voucher penginapan di Berjaya Resort Redang..tapi tidak termasuk pengangkutan..ada pakej hanya utk transport saje x..?dri hentian bas KT termasuk feri hingga ke pulau pergi dan blk..really need some help..thanks

  3. Norhafzan - 5 years ago

    Hye..any promosi in for family dering CNY (11 Feb -13 Feb)..

  4. abbas salimi abd rahman - 5 years ago

    kami ingin mengadakan percutian berkeluarga seramai 30-40 orang selama 3h2mlm ke pulau redang. masaalahnya tidak ada sesiapa diantara kami yang pernah ke sana. Saya amat-amat berharap pihak tuan surgest chalet yang berpatutan(air-cond) betul-betul tepi pantai, yang menyediakan alatan barbeque dan volleyball pada sblh ptg. mungkin jgk pihak tuan dapat memberi info untuk aktiviti menyandat sotong atau memancing menggunakan bot.

  5. NOOR AIZA BT JOHAN - 4 years ago

    I am looking for Pulau Redang Tour Operator

  6. force blader ganu - 4 years ago

    i love terengganu

  7. Nazri - 4 years ago

    Assalamualaikum taukeh…..boleh saya tahu laluan dari KL ke Jeti Merang?
    Bukan ape, takut sesat.
    Akhir kata selamat bertugas semoga bertambah-tambah rezeki tauke ye.
    Saya bertolak dari KL pada Rabu malam.

  8. eliana farhana binti katmidi - 4 years ago

    salam . saya nak tnye harga bilik untuk semalam bley ?

  9. kim - 4 years ago

    saya nk cari tour operator di redang

  10. […] Rujukan Visit Terengganu […]

  11. […] Rujukan Visit Terengganu […]

  12. muhammad fathi - 4 years ago

    Salam sye teringin nk pergi pulau redang tpi xthu nk letak trikh bila asyik sibuk jer dgn kerja..

  13. linda - 4 years ago

    hai.kami merancang ingin ke p.Redang selama 4 ari 3 mlam pada awak bulan 5 nanti. dah penuh aktiviti menarik dan makan selama kami disana. disamamping itu juga mahu mencuba dicovery scuba. boleh anda bantu kami

  14. syikin - 3 years ago

    hai.. sy plan nk berbulan madu di pulau redang… selama 4 hari 3 mlm. Maybe pada hujung bulan 11. saya n suami tidak arif cara untuk smpai ke pulau redang. Kami mecari pakej honeymoon pada harga yg murah2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *