xDSC_2170

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol kurang terkenal untuk kebanyakan pelancong biasa kecuali kepada mereka yang menceburi dalam bidang selaman skuba. Tenggol di katakan mempunyai tarikan dasar lautnya yang tersendiri. Terletak dalam daerah Dungun yang mana kita akan mengambil masa sekitar 45 minit menggunakan bot dari jeti Dungun untuk sampai ke pulau ini. Tidak banyak jajaran pantai yang ada di pulau ini menyebabkan bilangan operator chalet dan resort adalah sedikit berbanding dengan pulau-pulau lain di Terengganu kecuali pulau  Gemia.

Pantainya mempunyai jajaran pasir yang agak landai dan sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil bagi tujuan aktiviti air seperti mandi dan sebagainya. Berehat atau membaca buku di bawah pokok kelapa sambil menikmati angin laut di pulau ini dengan suasana yang lebih sunyi daripada pulau-pulau lain tentu menyeronokkan bagi sesetengah individu yang gemarkan kesunyian. Oleh kerana kebanyakan mereka yang datang ke pulau ini untuk tujuan selaman skuba jadi kebanyakan waktu mereka habiskan didalam air tidak kira siang atau malam dan ini menjadikan pulau ini lebih sunyi dan rilek bagi mereka yang datang untuk berehat dan bersantai.

Teluk Air Tawar, Tanjung Gemok dan Tanjung Sarung Lang antara lokasi menyelam yang popular disini. Malahan pada tahun lepas seorang kawan saya pernah mengalami suasana menyeronokkan ketika menyelam di pulau ini apabila terserempak dengan beberapa ekor ikan yu paus (whale shark) atau nama sainstiknya ‘Rhincodon typus’ yang singgah di perairan timur khusunya di Pulau Tenggol ini sebelum berenang dan berpindah ke perairan lain sehingga ke Australia. Setiap penyelam yang datang ke pulau ini pasti akan berhajat berjumpa mamalia air ini dan sudah tentu pada setiap tahun ketika ikan ini melalui perairan Malaysia sekitar bulan Mac dan April kedatangan yu paus ini pasti ditunggu-tunggu.

Untuk tempahan percutian anda sila layari laman sesawang berikut :

www.pulautenggol.com

www.tenggolisland.com

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. zaha - 5 years ago

    Tksh saya ingin bertanya ..adakah pulau ini mempunyai tempat or lokasi utk aktiviti snorkeling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *