Redang Underwater Challengge 2010

Redang Underwater Challengge 2010

Date : 14-16 July 2010
Venue : Redang Island, Terengganu
PROGRAM BY : CoRal Malaysia
WITH CO-OPERATION : Ministry of Tourism/State Government of Terengganu

Redang Underwater Challenge merupakan kesinambungan proggram anjuran Coral Malaysia sebelum ini dipulau Perhentian iaitu ‘TERENGGANU GO GREEN SEASHUTTERBUG 2008″ dan “PERHENTIAN UNDERWATER CHALLENGGE 2009” . Acara ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu pertandingan fotograf dasar laut dan juga pertandingan fotografi permandangan pulau atau landskap dimana kesemua peserta mesti menggunakan kemahiran masing-masing untuk merakam gambar-gambar bagi menyerlahkan keindahan pulau terbabit.

Untuk Redang Underwater Challengge sambutan penyertaan begitu menggalakkan samada untuk kategori dasar laut atau darat.Bagi peserta dasar laut mereka di bawa menyelam ke beberapa lokasi selaman di sekitar pulau redang dan bagi kategori landscape mereka di bawa beberapa lokasi seperti pantai Pasir Panjang, Teluk Dalam, Turtle Bay dan berpeluang mengelilingi pulau sambil merakamkan keindahan mengikut citarasa mereka.Saya sendiri salah seorang peserta yang turut mengambil bahagian dalam acara ini untuk kategori landskap.

Kesemua peserta juga turut berkumpul di Pulau Pinang iaitu tapak kepada Taman Laut Pulau Redang bagi acara perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Zaabar Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Terengganu.Adalah diharapkan acara seperti ini akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya dan terus menggamit lebih ramai pelancong datang ke Terengganu dengan adanya gambar-gambar yang menarik dari acara ini dan satu pameran gambar-gambar yang dirakam oleh semua peserta akan berlansung di ‘Malaysia Internasional Dive Expo’ pada 30-31 Julai 2010 nanti bertempat di PWTC.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *