Sajak Uraong Ulu

Post

Salah satu keistemewaan di Terengganu adalah kepelbagaian loghat yang ada, jika di daerah Besut loghatnya mirip kepada loghat Kelantan tetapi yang paling istemewa adalah loghat dari daerah Hulu Terengganu atau Kuala Berang yang kadang-kadang orang Terengganu sendiri sukar untuk memahami apa yang di tuturkan oleh penduduk dari daerah ini.

Di Daerah Hulu Terengganu ini wujud satu kumpulan di panggil Kesenian Uraong Ulu (orang hulu) yang di pimpin oleh saudara Ibrahim atau lebih di kenali sebagai Pak Him. Kumpulan ini juga turut membuat persembahan teater mengikut loghat orang ulu selain daripada mendeklamasikan sajak-sajak ciptaan mereka. Pak Him aktif mencipta dan membaca sajak dalam loghat orang ulu yang sangat menarik sekali jika kita dengar walaupun kurang memahami apa yang di tuturkan kerana lenggok bahasanya yang unik.

Sempena menyambut kedatangan hari raya tidak lama lagi kita dengar satu sajak dari Pak Him berjudul ‘Balailah Wauk’ atau dalam bahasa rasminya berjudul ‘Baliklah Wauk’ (Wauk merujuk kepada panggil anak perempuan). Mengisahkan keluhan seorang ibu yang menyuruh anaknya balik beraya di kampung. Mari kita dengar deklamasi sajak daripada Pak Him melalui video klip di bawah ini.



Sayup mengelor anok dok balik Sayup memanggil anak tak balik
Menyembah sujud pada Mung Sembah sujud (memohon) pada MU
Seakang zaman doktong sudah sapok Seakan zaman berjalan-jalan dah sampai ke hadnya
Seakan zaman gelekek habih doh Seakan zaman gelak ketawa sudah abis
Mung duk jauh Mok panggil dekat Kamu jauh mak panggil dekat
Mung duk dekat Mok panggil rapat Kamu dekat mak panggil rapat
Mung duk rapat Mok sendal Kamu rapat Mak sendal (bergerak makin rapat/menempel)
Takmboh bui gogeh Tak mahu bagi goyang/brgerak
Renungan si Ibu terandeng jauh Renungan ibu terlontar jauh
Seakang mengelor anok manih Seakan memanggil si anak manis
Yang hatinya gelebek sumbing a
Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor Ingat pada air mata yg bercucuran membasahi beranda
Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor Seakan mahu anaknya balik serta merta dr KL
Biar cokkoh depang mata Biar ada (tersembul) d depan mata
Biarlah mung dulu suka mengakas Biarlah kamu dulu suka memanjat (nakal)
Sedor sedor le ni senyap tuppas Sedar2 sekarang senyap sunyi
Sampai gitu mbas menengung Sampai begitu sekali kamu pergi
Mok tunggu mu balik raya kappong Mak tunggu mu balik raya di kampung
Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh Mak tunggu kamu jadi baik, jangan jadi kalut
Mok doa’ biar jadi manih dok kelat sebbat Mak doa biar jadi manis tak bermuka kelat
Mok doa’ lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat Mak doa lagi hari raya, biar tenang jangan haru biru
Rok jelibung mok tebah buat jalang Semak samun mak tebas buat jalan
Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang Takut kamu digigit penyegat lari lintang pukang
Nok tengoknya ke mung Teringin nya nak tenogk kamu
Memang dok dang dang Memang tak sabar2
Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan Nak ramas/pegang jari anak kesayangan
Hari Raya andainya buleh aku kelor mung Hari raya andainya boleh aku panggil kamu
Takut nak jeruwoh takut mung belohok Takut kamu jeruwoh (nak termuntah) takut kamu tersedak
Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol Bukan mak nak kereta beso, bukan mintak emas setongkol (harta btimbun)
Mok tahu mung makang burger, hotdog Mak tahu kamu makan burger, hotdog
Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok Dulu kamu suka jering, gemar kuih badak
Mok cuba kelor lagi neh Mak panggil lagi ni
Baliklah Wok baliklah Balik la Wok(panggilan untuk anak perempuan) balik la
Hari raya dok baik bekok Hari raya tak baik berkecil hati (berkira)
Mok terima mung sayang Mak terima kamu sayang
Salahnya cuma silap belaga buah getoh Salahnye cuma silap belaga buah getah
Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok Tersilap sikit, rebus ubi kayu tak rebus ubi torok (jenis ubi)
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok Kerana adik2 kamu je kamu berkecil hati
Hari raya ning baliklah Wok Hari raya ni balik la Nak
Mok sorang berlagu pilu sedih Mak sorang kesedihan
Ayoh mu gi dok royat nok mati Ayah kamu pergi begitu sajaa, tiada tanda2 nak meninggal
Rasa nok gelekek tadok tepat geli Rasa nak bergelak, tiada tempat geli
Raya sama mung dok tau tepat nok gi Raya bersama kamu, tidak tahu tempat nak pergi
Baliklah Wok Balik la Anak
Anak anak ku Anak-anak ku
Kalau mu kenang duana mung tubek Kalau kamu teringat di mana tempat kamu lahir
Kalau mu kenang sapa beso ke mung Kalau kamu teringat siapa membesarkan kamu
Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik Kalau kamu teringat siapa jaga kamu sejak kecil
Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih Kalau kamu eteringat bagaimana kamu boleh mmbaca dan menulis
Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah Pagi raya ni kamu akan ada d rumah
Pagi raya ning mung buat air dappor Pagi raya ni kamu bancuh/siapkan air di dapur
Pagi raya ning ciung tangang orang tua Pagi raya cium tangan orang tua
Pagi raya ning mitok maaf dengan mok Pagi raya ni mintak maaf dengan mak
Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung Pagi raya ni, mak tak pernah berniat nak marahkan kamu
Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal Hari raya hari berkeluarga, cenderahati termahal
Hadiah paling comel, hamper paling beso, Hadiah paling cantik, hamper paling besar
Hari raya, mung semualah paling beso, Hari raya, kamu semualah paling bermakna
Anok beranok, warih waroh Keluarga,sedara mara

(Sajak di tulis dan di baca oleh Ibrahim Mohd Taib dari Ajil, Hulu Terengganu)

*untuk sebarang tempahan persembahan dari Pak him sila hubungi beliau di talian 019-9273342 (Ibrahim)



Related Posts with Thumbnails

  1. Silvia Gómez09-06-10

    It is an excellent review of this wonderful place! It would be also important to place it, in English, for those tourists interested … like me!

  2. dome09-06-10

    I’m Working On it :)

  3. mazru09-08-11

    Salam…

    Saya amat tertarik dgn sajak2 Pok Him….nice posting.

  4. pena fakir06-21-13

    ibrahim org hulu… Kembali ke rahmatullah…11syaaban 1434hj bersamaan 21hb 6 2013… Al fatihah….

  5. Mat kay bee06-30-13

    Al fatihah kpd arwah pak Him yg meninggal dlm kemalangan jalan raya di k. Brang pada 25 jun 2013

Leave a Reply