_DOM9128

Santuari Gajah

Salah satu tarikan baru di Terengganu adalah Santuari Gajah yang terletak di Sungai Ketiar kira-kira 56 km daripada Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.Mula dibuka pada 30 Januari 2009 kepada orang ramai menjadi salah satu daya penarik bagi mereka yang melalui jalan Tasik Kenyir – Gua Musang ini.Di sini anda boleh bermesra dengan gajah-gajah yang jinak tanpa perasaan takut.Anda boleh memberi mereka makan dari tapak tangan anda sendiri, mengambil gambar  serta anda juga berpeluang menunggang gajah terbabit dengan di temani oleh pihak penyelia santuari.Tiada sebarang bayaran masuk atau bayaran untuk menunggang gajah di kenakan kepada pelawat tetapi satu tabung di sediakan bagi mereka yang ingin memberi sumbangan bagi tujuan pemuliharaan dan membeli makanan kepada gajah-gajah terbabit yang di kendalikan di bawah jabatan Perhilitan.

Pelawat di benarkan menunggang gajah dengan di awasi oleh ranjer bertugas pada setiap hari dari jam 3 hingga 6 petang.Jumlah gajah disini tidak tetap,kadangkala 2 ekor dan kadangkala 3 ekor dan yang pastinya ada seekor gajah yang di beri nama Suria menjadi penhuni tetap santuari ini yang masih lagi di bangunkan dengan lebih baik.Adalah bagus untuk anda membawa anak-anak ke sini bagi mendedahkan mereka kepada Raja Rimba ini dengan lebih dekat lagi apabila musim cuti persekolahan.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *