xDSC_0001

Santuari Kelip-Kelip

Sungai Yak Yah yang terletak kira-kira setengah jam daripada bandar Chukai, Kemaman merupakan salah satu lokasi habitat semulajadi satu spesis serangga yang dikenali sebagai kelip-kelip atau kunang-kunang ”Photuris lucicrescens (Lightning Bug)” dalam jumlah yang banyak. Ini menjadikan sungai Yak Yah sebagai salah satu santuari kelip-kelip dan membuka peluang kepada penduduk kampung berhampiran untuk menawarkan perkhidmatan membawa pelancong bagi melihat cahaya yang bergemerlapan daripada sang kelip-kelip.

Kebiasaannya aktiviti melihat kelip-kelip akan bermula sekitar jam 8 malam. Para pelancong akan dibawa oleh pemandu pelancong dengan menaiki bot dan melalui sepanjang sungai Yak Yah. Akan tetapi anda perlu juga peka dan bertanya kepada pemandu pelancong atau mereka yang mengadakan perkhidmatan bot di kawasan ini tentang pasang surut air kerana jika suasana air surut berlaku pada malam hari, aktiviti untuk melihat kelip-kelip mungkin terbantut kerana masalah logistik di mana bot tidak dapat dibawa dalam keadaan air sungai yang surut serta berlumpur.

Anda akan dibawa hampir ke kawasan kelip-kelip ini dan menikmati suasana yang cukup indah. Di kegelapan malam ribuan cahaya menyinari sepanjang tebing sungai secara bergilir-gilir. Datang dah alamilah sendiri suasana yang cukup menyeronokan di Sungai Yak Yah ini. Untuk kemudahan para pelancong, Tandas,wakaf dan surau di sediakan berhampiran jeti bot ditepi sungai ini. Selamat menikmati keindahan kelip-kelip.

Untuk aktiviti melihat kelip-kelip ini anda boleh menghubungi Encik Ghani Agro Tourism di talian 019-9174012

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. kufazuke - 5 years ago

    Berapa charge masuk ey?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *