Semoq Beri – Permata Yang Hilang

Post

Suatu ketika dahulu mereka adalah antara penghuni sekitar Tasik Kenyir. Setelah mengalami perubahan hidup dari masa ke semasa dan dengan penempatan tetap yang dibina oleh pihak kerajaan menjadikan Masyarakat Orang Asli di Tasik Kenyir semakin hari semakin berkurangan dan tambah dengan populasi mereka yang tidak begitu ramai. Sebelum ini saya sering melihat gambar-gambar kehidupan mereka didalam buku-buku mengenai Tasik Kenyir  tetapi tidak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan bertemu dengan mereka.

Pada awalnya saya menjangkakan mereka daripada suku Bateq, iaitu antara suku orang asli yang terdapat di Terengganu tetapi selepas bertanya dengan Tok Batin mereka  barulah saya tahu mereka ini dari suku Semoq Beri. Akibat cuaca terlalu panas ketika bulan Mac lalu dan berlaku banyak penyakit di penempatan tetap mereka di Sungai Berua, Tok Batin telah membawa sebahagian besar penduduk kampung kembali ke hutan. Mereka mendiami sepanjang tebing Sungai Perpek didalam kawasan Taman Negara Terengganu, Tasik Kenyir. Kaum lelaki akan masuk ke hutan mencari kayu seperti gaharu dan sebagainya manakala kaum wanita dan kanak-kanak lebih bertumpu kepada aktiviti memancing.

Sebagaimana kaum-kaum lain, kaum orang asli juga mempunyai pelbagai adat dan pantang larang. Bertemu dengan Tok Batin terlebih dahulu adalah menjadi salah satu kewajipan terutamanya apabila kita ingin mengambil gambar-gambar mereka. Pengalaman saya dengan kaum asli suku Bateq di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh saya pergunakan sepenuhnya apabila berhadapan dengan mereka. Walaupun dikatakan suku Semoq Beri ini adalah antara suku yang susah untuk didekati, berkat kesabaran dan sedikit pengalaman saya dapat terokai sedikit demi sedikit masyarakat mereka ini.

Agak teruja saya apabila pertama kali melihat mereka didalam persekitaran semulajadi mereka. Sejak saya berulangkali ke Tasik Kenyir terutamanya didalam kawasan Taman Negara sejak tahun 2005, inilah pertama kali saya dapat bertemu dengan mereka. Rakit-rakit dibina daripada buluh dan kemudian akan ditunda oleh sebuah bot laju, begitulah cara mereka bermigrasi didalam tasik ini. Dari satu pulau ke satu pulau mereka diami sehingga berbulan-bulan barulah mereka kembali ke penempatan tetap mereka.

Saya melihat suasana di Taman Negara ini lebih ceria dengan kehadiran mereka sebagaimana di Tasik Banding yang masih lagi dihuni oleh suku kaum Jahai. Untuk melihat kelibat suku Semoq Beri seperti yang anda lihat didalam gambar-gambar saya ini adalah begitu sukar. Di hari-hari biasa hanya kaum lelaki sahaja yang akan masuk ke hutan-hutan sekitar Tasik Kenyir menggunakan bot laju bagi mencari kayu gaharu kemudian akan pulang ke penempatan tetap mereka.

Alangkah baik jika pihak yang bertanggungjawab dapat membuat ‘Pulau Orang Asli’ atau ‘Taman Orang Asli’ di salah satu pulau-pulau yang terdapat didalam Tasik Kenyir sepertimana diwujudkan Taman Herba dan pelbagai taman lain lagi yang masih lagi dalam pembinaan. Sekurangnya pelancong akan didedahkan kepada kehidupan masyarakat pribumi ini yang sudah hampir tiada di kawasan Tasik Kenyir. Pembinaan rumah-rumah asal orang asli seperti mereka tinggal di hutan yang mungkin boleh dijadikan sebagai homestay orang asli, galeri pameran melibatkan gambar-gambar serta peralatan yang mereka gunakan, contoh-contoh akar kayu yang mereka gunakan untuk mengubati penyakit, aktiviti berakit bersama orang asli,  aktiviti menyumpit, menjual cenderamata hasil kraftangan dari orang asli adalah antara yang boleh di wujudkan di Taman Orang Asli. Pihak berwajib juga boleh mengambil dan melatih orang-orang asli untuk menceburi diri didalam bidang pelancongan di Tasik Kenyir serta membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Sekurangnya salah satu khazanah atau permata Tasik Kenyir ini tidak hilang begitu sahaja bersama arus kemodenan.



Related Posts with Thumbnails

  1. Silvia Gómez09-28-10

    Is a special place, in many ways. Hopefully be preserved, like the wonderful people who inhabit it. Thank you for giving to meet the eyes of the world.

  2. Dave09-28-10

    I hope you have double checked what are their tribe..As far as I am concern Semoq Beri tribe live in Kemaman where I am currently is stationed now..Correct me if I am wrong..Those pictures you have about them are very nice and telling..thanks and keep up your good works..

  3. dome09-30-10

    Yes, confirm. no doubt about it. thanks :)

  4. Mustika Pena02-06-13

    Saya setuju pada pandangan di atas… Sebagai masyarakat tempatan yang tinggal berhampiran dengan Tasik Kenyir sendiri, perlu ada sedikit perubahan lagi bagi kemajuan golongan ini yang merupakan penduduk asal yang tinggal di kawasan tasik kenyir pada ketika dahulu. :)

  5. Leynda03-16-13

    sy buat tsis psal org asli..xtau plok kt tsik knyir ad semoq beri..

Leave a Reply