Songket Terengganu

Post

Kain Songket adalah merupakan salah satu seni fabrik yang tidak asing lagi di Terengganu. Kebanyakan songket di usahakan secara individu dan ada juga yang di usahakan secara berkelompok. Songket Terengganu mempunyai kualiti dan identiti tersendiri. Setiap kain songket akan di tenun mengikut motif-motif tertentu seperti motif tumbuhan berdasarkan pucuk rebung, bunga raya, bunga teratai, tapak manggis dan pelbagai lagi. Terdapat juga songket yang bermotifkan binatang, bangunan, kuih-muih, logo dan pelbagai lagi berdasarkan tempahan dari pelanggan serta permintaan semasa.

Songket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal abad ke 15 dan berkembang dengan pesat terutama di negeri Terengganu dan Kelantan. Songket ditenun dari benang benang sutera atau kapas yang gabung bersama benang emas atau perak. Setiap tenunan akan mempunyai corak-corak tertentu seperti bunga tabur, bunga penuh, bunga bercorak dan sebagainya. Kemahiran menenun songket biasanya akan di warisi oleh satu generasi kepada satu generasi.

Terdapat sekitar lapan proses yang perlu dilalui oleh seorang penenun untuk menghasilkan sehelai kain songket. Antara proses-prosesnya adalah seperti  proses mencelup benang, proses menerai atau melerai benang, proses menganing, proses menggulung, proses menyampak, proses mengarat, proses menyongket dan proses menenun. Oleh sebab itu tidak di nafikan harga sehelai songket tenun adalah mahal, bukan sahaja mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan sehelai kain songket tapi proses membuatnya adalah rumit. Harga songket juga akan bergantung kepada kualiti dan jenis benang yang digunakan.

Oleh kerana perkembangan teknologi, terdapat banyak songket-songket dipasaran yang dihasilkan menggunakan mesin, akan tetapi permintaan terhadap songket tenun masih lagi tinggi. Jika anda ingin melihat perbezaan antara kedua-dua jenis songket boleh di rujuk pada kekemasan di hujung kain songket tersebut, songket tenun biasanya akan meninggalkan juraian benang dan songket mesin tidak mempunyai juraian benang dan kelihatan lebih kemas. Jika anda ke Terengganu, boleh berkunjung ke Komplek Kraf Noor Arfa Batik yang terletak di pusat perindustrian Chendering bagi melihat bagaimana songket di tenun. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Noor Arfa Batik di talian 609-617 9700 .



Related Posts with Thumbnails

  1. syaidatul fitri01-14-12

    i like songket because sonket is warisan melayu terutamanya orang islam

  2. haslili03-24-12

    saya suka pakaian tradisi di Malaysia

  3. syuhada01-13-13

    saya nak tanya kain songket mahal x?2 meter rm?dekat kelantan ade jual songket x?

  4. syuhada01-13-13

    saya nak tanya kain songket mahal x? 2meter rm??dekat kelantan ade jual songket x?kalau kelantan ade jual,dekat mn?

Leave a Reply