xDSC05430

Taman Laut, Pulau Redang

Taman Laut Pulau Redang merupakan taman laut yang agak popular kerana lokasi dan kemudahan yang ada disini.  Salah satu lokasi taman laut yang sering di kunjungi oleh para pelancong adalah yang terletak di sebuah pulau kecil bernama Pulau Pinang bersebelahan Pulau Redang. Dahulunya ianya merupakan salah satu tapak perkampungan penduduk pulau redang di mana anda akan dapat melihat kubur-kubur lama peninggalan penduduk terdahulu. Di uruskan oleh Jabatan Laut dan dengan bayaran sebanyak RM5.00 anda dapat menikmati suasana snorkeling yang hebat disini. Ribuan ikan pelbagai jenis dan warna menanti anda dan mereka sungguh jinak terutamanya jika anda menghulurkan cebisan roti kepada mereka. Terdapat pelbagai kemudahan disini seperti tandas, bilik persalinan, kedai jualan makanan dan minuman, pusat pameran, jeti dan sebagainya.

Disamping itu juga anda dapat melihat pelbagai batu karang menghiasi dasar laut taman ini. Bagi mereka yang bercuti di Pulau Redang, aktivisi snorkeling di Taman Laut ini adalah satu kewajipan didalam setiap pakej yang disediakan oleh kebanyakan operator chalet dan resort disini. Jangan lupa untuk membawa kamera untuk merakam suasana di taman laut ini terutama ketika anda bersama ikan-ikan. Kamera pakai buang ‘underwater’ yang berharga sekitar RM40.00 – Rm60.00 adalah salah satu pilihan bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan merakam gambar didalam air. Ada juga sesetengah operator resort yang menyediakan perkhidmatan merakam gambar ketika anda melakukan aktiviti snorkeling dan gambar anda akan di print dan di jual kepada anda sebelum anda pulang.

Sebarang aktiviti mengutip karang, cengkerang dan organisma laut (sama ada hidup atau yang telah mati) adalah di larang di kawasan taman laut dan anda boleh di denda  jika melakukan kesalahan terbabit. Tujuan undang-undang ini di wujudkan adalah untuk melindungi dan memulihara khazanah laut untuk generasi akan datang.

Related Posts with Thumbnails

3 Comments

  1. ira - 5 years ago

    salam….nak tanya..ada tak tempat yang boleh buat seminar? pakej sekali tempat tinggal dan makanan….

  2. CHE ANUAR BIN MOHD NOR - 4 years ago

    saya nak bawa murid sekolah menjalankan snorkeling di Taman Laut sekitar Redang. Permohonan perlu dibuat kepada jab taman laut Malaysia di KL atau di Terengganu? please reply ASAP

  3. nurul ain - 3 years ago

    saya dah pergi ke taman laut sedap best rugi kalau tak prgi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *