xDSC_8591

Taman Negara Terengganu, Tasik Kenyir

Berbanding dengan Taman Negara Pahang dan Kelantan, Taman Negara Terengganu agak kurang popular dikalangan para pelancong tempatan atau luar kecuali bagi para pemancing yang sudah biasa berkunjung kesini. Bermula daripada Tanjung Metong, dimana terletaknya satu chalet yang di selia oleh pihak swasta, Kawasan taman negara ini mengunjur hingga ke sempadan Kelantan dan Pahang. Ia turut juga di kenali sebagai Taman Negara Kenyir. Kebiasaannya para pelancong hanya datang ke kawasan taman negara ini untuk mengunjungi Gua Bewah dan Taat dan kawasan selebihnya hanya di kunjungi oleh para pemancing.

Terdapat dua laluan ke Taman Negara Terengganu ini iaitu melalui Pengkalan Gawi dan Empangan Sultan Mahmud yang terletak di Jenagor, Kuala Berang. Bagi para pemancing, mereka akan mengambil pakej yang di tawarkan oleh pengusaha-pengusaha houseboat untuk masuk memancing di sungai-sungai sekitar taman ini yang kaya dengan pelbagai spesis ikan seperti Kelah, Toman, Belida, Lampan, Baung, Kejor, Sebarau dan sebagainya. Sekitar 5 hingga 6 jam masa di perlukan oleh houseboat untuk sampai ke kawasan pedalaman taman ini seperti di sekitar sungai Terenggan, Perpek,Cicir, Cacing dan sebagainya. Sepanjang perjalanan anda boleh menikmati keindahan yang ada di tasik ini bersama tiupan angin yang menyegarkan.

Bagi saya, suasana disini begitu tenang dan menyeronokkan. Kita di kelilingi oleh alamsemulajadi yang begitu indah serta jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk dunia luar. Panorama disini menjanjikan pelbagai cerita untuk kita telahi dan abadikan menerusi kamera ataupun perakam video. Ada yang datang kesini membawa keluarga menyewa sebuah houseboat dan melalukan pelbagai aktivit bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kelibat ikan-ikan lampan akan anda saksikan memenuhi di sekeliling houseboat yang anda naiki. Pengalaman tidur terapung diatas tasik pasti satu pengalaman baru dan menyeronokkan bagi anda. Setiap houseboat mempunyai kelengkapan seperti tandas, bilik mandi, katil, tilam dan pelbagai kemudahan lain lagi, ada juga yang mempunyai kemudahan  kipas, penghawa dingin dengan Astro dan ada yang hanya sekadar sebuah houseboat yang ringkas , Terpulang kepada anda untuk memilih berdasarkan baget dan keselesaan anda.

Bagi mereka yang suka mendaki, Gunung Gagau yang terletak didalam kawasan taman negara ini perlu di tawan, rasakan kenikmatan dan keseronokan mendaki gunung kedua tertinggi selepas daripada Gunung Tahan pada ketinggian 1,276m didalam kawasan taman negara. Dari arah puncak gunung ini akan akan dapat melihat panorama ketiga-tiga kawasan taman negara meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Untuk masuk ke kawasan taman negara anda perlu mematuhi beberapa peraturan yang di tetapkan terutamanya perlu mengambil dan membayar permit masuk melalui pejabat Perhilitan. Kebiasaanya urusan ini akan diselia oleh pengusaha houseboat. Sebagai panduan saya sertakan bayaran yang di kenakan oleh meraka.

Permit Masuk – RM1.00

Permit Kamera : Rm5.00

Permit Memancing : RM10.00

Permit Berkhemah : RM1.00

Semenjak tahun 2005 sehingga sekarang, saya masih tidak merasa puas untuk berkunjung ke Taman Negara Terengganu. Bagi mereka yang berminat dengan fotografi disini pelbagai bentuk gambar boleh anda rakam daripada panorama hinggalah makro. Bagi anda yang ingin mencuba atau membuat trip kesini samaada memancing, fotografi, bersantai dan sebagainya boleh berhubung dengan saudara Ujang melalui talian 012-9747995. Selamat menikmati alam semulajadi yang menyeronokan di Taman Negara Terengganu.

Saksikan sedikit sedutan video dari Taman Negara Terengganu yang sempat saya rakam  :

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *