Taman Tamadun Islam

Post

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu adalah merupakan satu-satunya taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia  dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan. Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam seni bina terutama didalam pembuatan masjid. Hampir 65% proses pembinaan taman tema ini mendapat sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan manakala selebihnya adalah diambil daripada kepakaran tenaga luar negara.  Kira-kira 21 buah monumen dibangunkan didalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz asal.

Antara monumen yang terdapat disini adalah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India, Masjid Kuddus Mina dari Indonesia, Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As Sakhra dari Palestina, Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia, Masjid Al Hambra dari Spanyol, Masjid Alepo Citadel dari Syria, Masjid Pusat Petani dari Thailand, Masjid Qairawan dari Tunisia, Tugu Kompleks Suleyman dari Turki, dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Di sesetengah monumen terdapat kemudahan tayangan video bagi memberi maklumat secara intraktif kepada para pengunjung.

Anda dikenakan tiket sebanyak RM10.00 bagi dewasa, Rm5.00 bagi kanak-kanak dan RM5.00 bagi warga emas yang berusia lebih daripada 60 tahun. Bagi bukan warganegara Malaysia anda dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 seorang. Selepas membayar anda akan diberi satu buku kecil yang dipanggil sebagai pasport yang mengandungi maklumat ringkas setiap monumen yang ada didalam taman tema ini. Apabila saja anda masuk, pasport anda akan dicop sebagai tanda lawatan anda, bagi lawatan seterusnya terdapat potongan dan keistemewaan tertentu yang ditawarkan oleh pihak taman tetapi pastikan anda membawa pasport terbabit apabila mengunjungi taman ini buat kali kedua dan ketiga.

Kemudahan seperti trem,basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan anda di taman ini. Untuk menaiki trem anda perlu membayar sebanyak Rm3.00 dan untuk sewaan basikal adalah Rm3.00 sementara itu kos untuk sewaan buggy adalah sekitar Rm35.00  hingga Rm45.00 mengikut saiz. Tandas awam juga di sediakan didalam taman tema ini untuk kemudahan pengunjung. Di akhir lawatan anda boleh singgah di cafe taman ini untuk membeli makanan dan minuman seterusnya ke kedai cenderahati bagi membeli tanda kenangan anda di taman tema ini. Selamat mengunjungi Taman Tamadun Islam.



Related Posts with Thumbnails

  1. azlan02-18-12

    taman tamadum islam sangat saya suka peri sana .

  2. hanifatot09-18-12

    LAWA SANGAT

  3. zaiziyanti02-24-13

    Bagaimana pula tiket oku? Ada diskaun tak? Kalau rombongan sekolah bagaimana tiket dan harganya

Leave a Reply