DSC_1846

Telaga Simpul

Terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Chukai, Kemaman berhampiran pantai Marina.Jika anda ke sini selepas daripada pintu masuk anda akan berjumpa dengan Telaga Simpul yang terletak di sebelah kiri jalan dan di penghujung jalan merupakan pantai Marina.Mengikut ceritanya pada ketika dahulu kawasan Telaga Simpul ini menjadi tempat persinggahan para pelayar dan musafir bagi mengambil air minuman,mandi dan sebagainya sebelum menyambung pelayaran mereka.Jika diperhatikan air yang bertakung di kawasan ini turun dari bukit berhampiran yang di kenali sebagai Bukit Penjabad.Di atas usha pihak berwajib satu tempat takungan baru telah di sediakan untuk para pelawat melihat kesan peninggalan sejarah ini kerana pada asalnya telaga ini hanya dipagari dengan kayu dan kini telah di buat takungan konkrit.

Pada tahun 1852 di kata pelayar Abdullah Mushi telah mulai menggunakan telaga ini ketika singgah dalam pelayaran.Mengikut kepercayaan orang-orang dahulu, mereka yang mengambil atau menggunakan air dari telaga ni mestilah menyimpul hujung daun pokok pandan yang berada berhampiran telaga terbabit, jika tidak malapetaka akan menimpa meraka dan amalan ini kelihatan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini yang mana bagi penganut agama Islam anda tidak  di galakkan melakukan amalan kurafat ini.

Jadi bila anda melewati daerah kemaman jangan lupa singgah dan melihat sendiri peninggalan sejarah ini dan mengabadikan di dalam kamera anda.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *