Tembaga Terengganu

Post

Kraftangan tembaga adalah merupakan salah satu produk industri kecil yang popular di Terengganu selain daripada batik dan songket. Tembaga Terengganu lebih dikenali beridentitikan tembaga putih. Seseorang yang menghasilkan kraf tembaga perlu mempunyai kemahiran yang baik yang mana kemahiran ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Hampir 90% proses membuat tembaga adalah menggunakan tenaga tangan dan 10% menggunakan mesin.

Kraf tembaga dihasilkan melalui campuran tembaga putih, kuning dan zink yang di masak didalam relau pada suhu tertentu. Kesabaran adalah kunci paling penting bagi seorang pembuat tembaga kerana bekerja didalam situasi yang panas dan memakan masa. Sehingga kini dianggarkan ada lebih kurang 30 orang pengusaha tembaga di negeri Terengganu.

Proses membuat tembaga bermuka dari proses membuat acuan yang mengabungkan tanah liat dan lilin. Kemudian campuran logam akan di masak didalam relau yang kemudian akan di tuang kedalam acuan. Apabila tembaga sudah mengeras acuan akan dipecahkan dan kemudian akan mengalami proses pengilatan dan cucian. Anda akan dapat melihat proses membuat tembaga ini sekitar Kampung Ladang tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu. Salah satu lokasinya adalah di Wanisma Craft & Batik. Antara barangan tembaga yang dihasilkan adalah tepak sirih, pemegang lilin, bekas habuk rokok, keris dan sebagainya yang juga di buat sebagai cenderamata ataupun hantaran perkahwinan.



Related Posts with Thumbnails

  1. pok rosek tembaga08-08-11

    mari-mari…………

  2. mohd saifuddin hafiz11-01-13

    kalau sya nak tempah kepala tali pinggang dari tembaga boleh tak?

Leave a Reply