12670711_10207359683243910_5442508017011735429_n

Ujang – Duta Tasik Kenyir

Kartunis Ujang sudah tidak asing lagi dalam dunia komik tanahair dan masih ramai yang belum mengetahui mengenai minat beliau dalam dunia memancing sehingga beliau boleh dikategorikan sebagai pemancing tegar. Tasik Kenyir khususnya yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Terengganu ini diibaratkan seperti rumah kedua kepadanya. Berbekalkan pengalaman selama 24 tahun memancing di tasik ini, dan usaha beliau membawa ribuan kaki pancing memancing di sini menjadikan beliau sewajarnya dinobatkan sebagai duta tidak rasmi Tasik Kenyir.

Beliau mula aktif memancing di Tasik Kenyir sejak dari tahun 1986, dan kerana minat yang mendalam, 11 tahun kemudiannya Ujang nekad membeli houseboat dan menjalankan aktiviti pakej memancing. Atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa menjual houseboat tersebut dan kini menjalankan perniagaan pakej memancing di Tasik Kenyir dengan menyewa kira-kira 6 buah houseboat dari penduduk kampung sekitar Kuala Berang.

Tidak hanya tertumpu kepada pakej memancing sahaja, beliau juga turut menawarkan pakej-pakej seperti jungle tracking, perkhemahan, bird watching, photography dan sebagainya. Terdapat juga persatuan-persatuan atau badan-badan beruniform yang menyewa houseboat ke Tasik Kenyir bagi menjalankan aktiviti outdoor dan motivasi. Saya sendiri sudah hampir enam tahun mengikuti saudara Ujang ke Tasik Kenyir  dan sememangnya kepakaran beliau tentang selok belok tasik ini perlu diakui.

Bagi beliau Tasik Kenyir sungguh istemewa kerana mempunyai begitu banyak lokasi memancing yang menawarkan begitu banyak spesis ikan air tawar dengan pelbagai saiz sehingga ada yang mencapai saiz mega seperti ikan kelah, sebarau, toman, belida, kejor, lampan dan sebagainya. Panorama di tasik ini yang sentisa berubah-rubah sepanjang tahun mengikut pasang surut air memberikan kedamaian dan keindahan yang sukar ditafsirkannya. Kisah-kisah misteri yang beliau alami di tasik ini sepanjang 24 tahun menambahkan lagi minat beliau untuk menerokai tasik ini tanpa jemu. Sememangnya Kenyir bertuah mempunyai seorang legenda kartunis yang sentiasa menemaninya.

Bagi anda yang berminat membuat trip ke Tasik Kenyir bersama saudara Ujang, anda bolehlah menghubungi beliau di talian 012-974 7995 atau mengunjungi laman sesawang beliau di www.thederhakastudent.multiply.com atau www.lubuk.net

Mari kita saksikan sedutan video daripada saudara Ujang ;

Related Posts with Thumbnails

3 Comments

  1. Eir zark - 6 years ago

    molek2…..

  2. zuki - 4 years ago

    cayo la jang…..semoga berjaya…

  3. cikgu man - 4 years ago

    Assalamualaikum abg ujang……saya dan rakan2 telah lama mengikuti n memerhati keseronokan aktiviti abg d tasik kenyir….sehubungan dgn ini….kami semua berminat utk mengikuti kali pertama trip abg d sana……kami minta jasa baik abg…agar dpt emailkan pakej yg terbaik bagi kami…..t kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *